Thursday, November 5, 2009

baru pandai nak mara ker depan

Pada isnin lepas time rehat aku balik rumah...macam biasa kalau alya bangun time ni aku pasti akan main-main dengan dia..mcam biasa juga aku cuba ajar dia suruh ambik barang kat depan dia...supaya dia boleh cuba ambik sendiri alangkah terkezutnya aku alya kini dah pandai mara ker depan,dah pandai maju untuk ambik sesuatu barang yang dia berkenan..walaupun dia agak lambat (7bulan) tapi aku bersyukur sekurang2nya dia telah bersusah payah berusaha nak mara....***( sebelum ni asyik angkat2 montot tapi langsung dah boleh kedepan sampai menjerit dia geram tak dapat bergerak hanya memusing-musing jer)*** tapi kini dia dah laju mara...lepas ni kena lebih jaga2lah barang kecik tak boleh bersepah kat bawah takut dia masukkan dalam mulut jer..sejak dah pandai mara ni jenuh jugaklah nak jaga apa taknya...kalau wat kerja kat lantai laju dia mara nak ambik..abis buku acik-aciknya dikerjakan orang nak menulis pun dia sibuk jugak nak menulis...alya-alya... haru jugak dibuatnya..dah lah lasak...kalau baringkan atas tilam satu tilam dia nak terjah..apalagi kasi taruk pagar bantallah keliling..he..he.he..bukan itu jer siap orang yang baring atas katil tu nak dipanjatnya..nasiblah belum pandai panjat...kejap lagilah{dlm hati alya berkata}

Monday, October 19, 2009

PERGI KENDURI KAHWIN BEKAS KAWAN 1 TEMPAT KERJA











AKSI 17.10.09







PICTURE AGAIN

Taktau apalagi nak citer tentang alya sekarang,semua cam biasa jer...so u all layan jerlah gambar2 alya dengan pelbagai reaksi &aksi dia ni yer...
























Monday, October 12, 2009

ALYA MENJERIT KESAKITAN

Semalam Petang lepas Zohor Alya Telah selamat disunatkan Oleh Bidan Kampong....punyalah susah nak memengang si kecik ni yang tak reti duk diam...sampaikan orang nak sunatkan pun haru dibuatnya...bila sudah kena apalagi mejerit kesakitanlah dia..cian dia..sabar yer syg cikit jer....jenuh jugak nak memujuk dia, yelah dia mana pernah menangis seteruk ini cuak jugak i dibuatnya....lepas bidan sunat tu balik i pun terus mandikan dia yelah nak pulihkan semangat dia balik.....yang terkejut kesakitan tue.... mama dia yang memengang pun ngeri bila terbayang sakitnya disunat... lepas mandi terus tidokan dia cox lepas asar ada buat kenduri dekat tempat kerja....lepas Isyak bawak Alya pergi jalan2 jap pastu balik umah tido..

Tuesday, October 6, 2009

SUKANYA DIA

05.10.09 : GAMBAR MLM TADI DIA MAIN SENDIRIala-ala comeynya dia...tutup mulut tu kang masuk nyamuk plak nanti..hehe..

tengah main gigit2 green hypo







03.10.09 : TIME REHAT-REHAT DALAM BILIK LEPAS SUME SELESAI SOLAT MAGRIB



napa muka sedih jer ni alya..( ada masalah ker...hehehe..)


Alya Pandang mama jap, mama nak tangkap 1 lagi gambar " (taknak tgk kameralah....weekk ....mama) "















MASA JAMUAN RAYA 04.10.09

* Hari Ahad Haritue Kat Umah Mak Buat Jamuan Sikit Cox Kawan Abang Satu Tempat Kerja Nak Datang Beraya...So Kitorang Bertungkus Lumuslah Menyiapkan Hidangan...Yang Datang Time Tue Adalah Dekat 30 Orang...

......ANTARA HIDANGAN YANG DAPAT KAMI JAMUKAN SEPERTI.....
1) Nasi Impit
2) Bihun Goreng
3) Rendang Kerang
4) Sambal Kacang Ayam
5) Masak Kicap Daging
6) Puding Jagung
7) Tepung Pelita
8) Kek Oren & Kek Koko
9) Kuih Raya
10) Air Anggur


sukanya dia mama ambik gambar





KUIH TEPUNG PELITA ( buat sendiri pepagi lagi dah bangun nak wat benda alah ni )

MUKA ALYA NAK NANGIS DAH NGANTUK... TIME TIDO



MINI KEK BUAT PETANG SABTU BALIK KERJA

BIHUN GORENG

SUSUN ATUR HIDNGAN...


NI GAMBAR DAGING MASAK KICAP

LONTONG,SAMBAL KACANG,RENDANG KERANG












Friday, October 2, 2009

PANDAI POSSING DEPAN KAMERA

* Sekarang Alya Dah Pandai Kalau Orang Nak Tangkap Gambar Dia, Dia Mesti Senyum Pandang Kamera Sambil Wat Memek Muka.... Macam Tau-Tau Jer Orang Nak Ambik Gambar Dia....
{ GAMBAR MALAM TADI }
Tgk lah Ni Dia Nak Tido Pun Blh Senyum Bila Tgk Mama Dia Pegang Kamera Kat Depan Dia





"Glamornya Aku Asyik Kena Tangkap gambar Jer Macam artis Plak Rasanya " ( kata alya dalam hati...he..he..he..)




Tuesday, September 29, 2009

TERBARU TENTANG ALYA

* Suka Senyum...Menyengih Jer Kalau Tengok Orang Yang Dia Suka *

* Dah Pandai Meniarap,Terlentang Tapi Belum Maju Lagi *

* Tito Lasak Memusing-Musing 360' Dalam Keadaan Baring Mata Terpejam *

* Suka Melentikkan Badan Kebelakang ( Kena Pegang Kuat time Baringkan Atas Riba Kalau Tak Habis kepala Terhantuk Kat Lantai..) *

* Tak Reti Duk Diam... Orang Baringkan Atas Tilam Tengok2 Nanti Dah Sampai Ke Lantai Dia Gerakkan Badan Dia... *

* Suka Wat Senaman Pusing2 Montot *

* Suka Wat Orang Ketawa Dgn Telatah Yang Dia Wat *

* Suka Buat Batuk Gatal *

* Dah Pandai Cakap mamma..pappa..kekadang abbah...heee....kekadang pandai dia cakap hepp.... *




************************************************************************************

MY BABY

Ni Gambar Terbaru Alya... Yg Diambil Pada malam 27.09.09
{Usia Alya Sekarang : 6 Bulan 22 Hari }
ahhh... break time..penat dah lama meniarap..


Click!!!!! Control Cun....???




tengah syokk main sendiri....






mata stim belum ready dah ditangkap...hehehe




Cakkk..... Baaa....



SEKADAR TONTONAN TIME HARI RAYA


NI GAMBAR ADIK BERADIK SAYA YANG DIAMBIL MASA DIORANG BERAYA DEKAT KEDAH ( saya tak ikut pun )

































ni gambar adik dgn anak buah saya



28.09.09 PERGI KLINIK

hari ni alya pergi klinik cucuk umur 6 bulan, pepagi lagi dah gerak nak mandi nak bersiap gi klinik...datang klinik takda orang lagi terus nurse tu suh timbang berat baru 5.7kg.. pastu masa nak kena cucuk bukan main kuat lagi dia memberontak takut betul dia nak kena cucuk...menangis kejap time tue...sakitlah tue...cian anak mama ni...hehehe...balik umah kasi makan nestum pastu bagi umah demam mana tau demam plak lepas kena cucuk tu kan...

Thursday, July 23, 2009

Terkejut Aku...

semenjak alya dah pandai nak niarap ni..asyik nak meniarap jer kerjanya...tengah tido pun boleh meniarap..ish..ish...alya..alya... dah lah nak tidokan susah asyk nak meniarap penat duk betulkan..halang tepi barulah dia tido....tapi malam tadi mmg mengejutkan kami berdua alya tido meniarap ( comel jer)..tu pun ayah dia yang perasan sebab dia bangun nak mandi pagi gi kerja, dalam pukul 2.00 pagilah camtu,aku time ni tengah tido nyeyak terkejut beruk terus bangun telentangkan alya balik...{dlm hati berkata-kata camnalah alya blh tido meniarap ni...hehehe.} selama ni mmg dia tak pernah tido meniarap itulah kali pertama...

Thursday, July 9, 2009

Risau

hari selasa pukul 6.30 ptg bawak alya pergi klinik cek cox dia batuk2 jer...dah seminggu tak baik2...bila subuh jer menjadi2 batuknya..nak bernafas pun susah...cian tgk,tu yang bawak gi klinik terus..nasib baik doktor kata tak ada paper...dia bagi ubat untuk cairkan kahak...

Thursday, July 2, 2009

Sekadar Renungan

Indah khabar dari rupa....
hidup berkeluarga tetapi macam sebatang kara
ada laki, laki wat hal sendiri
langsung tak dipedulik anak isteri
selalu kuar lepak sampai ke subuh
seakan awak tu masih bujang lagi..
selalu membohong agar dapat keluar rumah
makin hari dibiarkan makin menjadi
menipu dah jadi sebati dalam dirinya
langsung tak rasa bersalah
bila dileter katanya bisinglah
sampaikan isterinya yang dulunya lembut
kini menjadi begis..tiap kali lakinya kuar rumah
apa!!! dia pikir dah kawin hanya nak *-----* jer ker
batin si isteri terseksa kerana
langsung tak pernah rasa klimax
laki pun tak pedulik asal dia puas cukup
hari2 yang dilaluinya seakan tidak ada cahayanya lagi
tiap hari makan hati melihat peragai laki
yang menyakitkan hati itu
belagak sungguh rupanya seakan dia
boleh hidup seorang diri sahaja..
mungkin sekarang dia boleh rasa begitu
kerana dia dikurniakan kesihatan
tapi pernah ke dia pikir pabila dia
jatuh sakit nanti sapa yg akan tolong
kalau bukan si isteri tu sendiri...
ego..
dia buat seolah-olah bini dia
tak pernah wujud
tak berhati perut.....
apalagi yang boleh si isteri tu lakukan lagi
hanya melihat dah berserah..
walaupun amat pedih untuk ditelan
dia kena harungi juga sampai nafas yang terakhir...
PETIKAN,
Insan Yang Terseksa
Moral :- jangan terlalu percaya akan janji manis sebelum berkahwin @ termakan dek kebaikannya...semua itu tak menjamin kebahagiaan bila sudah berkahwin...semua itu hanya lakonan dia semata-mata agar dapat memiliki anda, manusia zaman sekarang memang pandai berpura-pura ...sebelum dapt mmglah tunjuk baik jer..tapi bila dah dapat dia jadikan sampah..langsung tak diendahkan hati dan perasaannya.... dia mulalah tunjuk belangnya...time ni nak menyesal pun dah tak ada gunanya lagi...buruk baik dia tetap sudah jadi milik kita..
P/S :- jangan mudah menilai seseorang itu dari luaran semata-mata...selidik dulu latar belakang dia betul-betul,tanya kawan2 yang kenal dia..macam mana cara dia bercakap dgn keluarganya terutama mak bapaknya..adakah dia ni makan nasihat atau suka buat ikut kepala sendiri @ paling teruk kurang ajr orangnya...semua ni perlu dititik beratkan dulu...jangan kerana sayang kamu tak peduli hal ni sume...wlupun remeh tapi sekurang2nya kita tahu dah boleh berpikir sama ada perlu teruskan atau putuskan jer hubungan yg dah terjalin tue..atau kamu hendak merana nanti....
kita tak boleh mengubah seseorang itu melainkan
dia sendiri ingin berubah
terlajak perahu boleh diundur
terlajak perbuatn buruk padahnya.....
jangan biarkan diri kita dianiaya
TEPUK DADA TANYA SELERA...BUATLAH PILIHAN YANG BIJAKSANA...AGAR HIDUP AMAN BAHAGIA...

Wednesday, July 1, 2009

Cerdiknya dia


* malam tadi lebih kurang pukul 11 malam alya bangun tito...nak ajak mainlah tue... time orang nak tido dia jaga plak, dahlah i tak berapa chat selesema,demam..tapi kerana alya.. i kuatkan jugak layan dia main... time ni ayah dia kat depan tengok tv.. bila ayah dia masuk bilik, ayah dia main2lah dgn alya.. bukan main lagi terkekek-kekek ketawa...pastu ayah dia suruh salam "alya salam ayah" alya pun angkat tangan pegang tangan ayahnya, cerdik betul, i pun terkejut tgk..cam faham jer..bila ayah dia ajak bangun plak, pandai dia pegang tangan ayahnya, dia nak bangunlah tu.. tapi tak larat lagi nak angkat badan.. pandai btl anak mama ni....syg alya...