TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
hari ahad semalam kami terima jemputan ke majlis penyerahan sijil tawas untuk anak kelahiran selangor ... jam 7.40 pagi bertolak dari rumah kerana pukul 8.00 nak kena daftarkan diri..pepagi alya dah bangun 6.00 pg tu... ingat nak biar dia tido dulu sementara aku nak bersiap bila aku buka pintu nak kuar bilik dia terus buka mata dan meniarap...pantang aku bangun dia pun nak ikut bangun... aku pun bawaklah turun bagi dia main kat bawah...
kami adalah orang yang terawal sampai...malu rasanya kami disambut penuh hormat..dan kami diarahkan untuk duduk dibarisan depan sekali sebab senang nak naik pentas nnt katanya.. alya ok jer lagi tak meragam main2 sendiri..sambil kami melayannya, yelah aku takut sangat dia meragam kat dalam dewan ni dahlah lama sampai pukul 12.00 tgh hr ..tapi alhamdulillah dia ok tak banyak ragam bagi dia makan biskut n tak lama dia rasa ngantuk dia bunyi2 cikit sumbat puting tak lama dia tido sndr... tapi tipulah kalau dia diam jer kan... adalah nangis bila maskot tawas ni datang dekat dengan dia..menjerit ketakutan, pantang nampak maskot ni dia mesti menjerit..kami terpaksalah tutup muka alya & alihkan pandangan dia bila maskot ni tunjukkan muka.. yelah alya ni takut tapi dia tetap nak tgk jgk... dah last2 nak balik baru dia ok tenung jer tgk maskot tu atas pentas..siap bye-bye lagi..tapi bila nak tangkap gambar ngan maskot ni ni start menjerit lagi..tapi takdelah lama,dia dah tak nampak dia diamlah..
Nama binatang ni : SI MANJA TAWAS
Nama Makwenya : SI MANJA MANIS
tak lepas peluang untuk bergambar bersama maskot Tawas ni...
tgk muka alya tu...ketakutan,terkejut & Menjerit..
" apa kebenda binatang kat sebelah mama ni besar betul..
takutnya mama jangan dekat dgn dia...arghhhhhh...."
ni video alya tgh membacalah konon-kononnya, membaca kertas aturcara majlis..kami biarkan jer asal dia diam....
No comments:
Post a Comment